Sering aku berfikir ''adakah aku bodoh memperjuangkan cinta aku padanya salama ini??''.. setiap kali Tuhan membuktikan kepada aku betapa bodohnya aku mempertahankan cinta dusta itu aku masih menafikan sekeras-kerasnya... Bukan aku tidak sedar dalam permainan cintanya tapi aku tidak serik! aku sendiri merelakan hatiku dicarik-carik.. apakah kesilapan aku selama ini sehingga aku tegar membiarkan diri aku sebegini??aku bodoh....
Kali ini,cukup la aku menghancurkan hati aku dengan memaafi sikapnya... jauh di sudut hati aku masih merinduinya.. entah kenapa walaupun beribu kali aku disakiti.. mungkin hati aku tidak kuat.. selama ini aku tidak berpijak di bumi aku sendiri.aku menafikan realiti di hadapan mata aku..ya!aku berjaya mengaburi mata kasarku tapi hakikatnya hati aku yang merasakannya..''soal hati tak boleh ditipu''..
Aku perlu kembali mencari hidupku..belajar mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.. di benak fikiranku masih berlegar wajah dua insan yang mengharapkan aku satu-satunya di dunia ini..aku berdosa! kerana cinta aku berterbangan..maafkan aku...
Jujur...aku sudah tidak mampu menjadi pencinta yang mampu mengubah ''penjara menjadi istana, cuka menjadi anggur, kandang menjadi taman''.. hati aku telah rebah di tengah jalan.. ini lah penghujung buat kita..
angan-angan hanya membuat kita makin khayal pada sesuatu yang tidak pasti.. aku sudah tidah mampu menafikannya lagi...
Kuatkan hati bersandar pada yang teguh... berpijak pada yang nyata menyusuri jalan-jalan di hadapan...
![]() |
| cinta ini akan tetap ku jadikan persinggahan bermakna dalam hidupku |

No comments:
Post a Comment